Fashion Designer
Bab 1…
“Argh!!” Dinda menjerit dengan sekuat hatinya. Dia ketakutan semasa seekor katak melompat ke atas mejanya. Dia memang benar-benar fobia pada katak. Nampak seekor sahaja, dia sudah menjerit seperti orang gila walaupun 50 meter jauhnya. Memang dia tidak boleh berjumpa dengan seekor katak.
“Bawa katak itu pergi dari sini! Cepat!” Dinda menjerit sekali lagi meminta bantuan.
Keadaan di dalam kelas ketika itu menjadi huru-hara hanya disebabkan seekor katak. Ada yang menjerit-jerit, ada yang terloncat-loncat dan ada juga yang ketakutan sehingga menangis.
“Have no fear, couse I am here!” Terdengar suatu suara. Tiba-tiba…
“Jeng..jeng..jeng…superman dah datang!” Suara Zafrul bergema. Argh!!! Dia lagi! Dia sempat lagi ber posing di hadapan kelas. Huh! Macam lah ada orang ambil gambar dia!
“What are you waiting for?! Bawa katak itu cepat!” Dinda menjerit gedik. Dia sudah naik marah kerana sikap Zafrul yang perasan macho. Huh! Memang tidak ada masa! Sebernanya Zafrul memang sudah lama mempunyai perasaan yang istimewa terhadap Dinda, tetapi Dinda menolak. Walaupun sedimikian, Zafrul tidak akan berputus asa. Dia akan cuba sedaya upaya untuk merebut hati Dinda. Walau apa pun yang terjadi!
“ Err..okay..” Zafrul terus mengambil plastik lalu membawa katak itu pergi. Semua berasa lega. Fuhh!! Selamat!
Sebernanya, Zafrul juga takut akan katak. Tetapi, demi kekasih hatinya, dia sanggup membuat apa sahaja. Hanya untuk merebut hati Dinda yang tercinta.
---
“ Argh!! Banyak nya kerja sekolah! Malas betul saya nak siapkan semua ini! Agaknya bila nak habis, ya? Rasanya tahun depan baru siap.” Aini sempat lagi bergurau senda ketika semua sedang khusyuk membuat kerja sekolah. Aini memang seorang yang pandai. Dia bukannya jenis yang pemalas. Tetapi, hari ini memang terlalu banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan. Semua kerja sekolah itu perlu dihantar pada keesokan harinya. Nampaknya, Aini terpaksa tidur lewat pada malam ini.
“ Sudah tahu banyak, cepatlah buat kerja! Janganlah asyik termenung sahaja! Sampai bila pun tidak siap kalau begini. Biasanya, awaklah yang paling rajin membuat kerja sekolah berbanding kami.” Perli Sarah kepada kawan baiknya itu.
“ Baiklah, baiklah.. saya buat kerja lah ni. Malas betul nak dengar ceramah tak berbayar awak itu! Hmmf!! ” Aini sudah mula memancungkan mulut sepanjang 3 inci. Jika ada pertandingan memancungkan mulut, Aini pasti akan memenangi pertandingan itu.
“ Jangan lah marah, saya bukannya marah awak betul-betul. Saya hanya menasihatkan awak sahaja, itu sahaja. Maafkan saya, ya?” Sarah cuba memujuk rakannya yang suka sangat merajuk. Walaupun Aini suka merajuk, dia tetap menganggap Aini itu kawan yang paling baik dan setia baginya.
“ Ya. Saya maafkan awak. Tetapi dengan satu syarat. Awak perlu berlanja saya aiskrim. Boleh?”
“Ya, Baiklah. Asalkan awak maafkan saya.” Jawab Sarah.
“ Hore!!! Sarah ni memang baiklah!” Jerit Aini dengan hati yang riang. Dia berasa bertuah mempunyai kawan yang baik seperti Sarah.
Bab 2…
“Selamat pagi daun keladi! Yahh!!! Ngantuknya saya. Agaknya mama masak apa ya hari ini? Hmmm…” Kata Aini apabila bangun dari tidur. Dia benar-benar penat kerana dia telah menyiapkan semua kerja sekolahnya yang banyak semalam.
Aini terus lompat dari katil lalu pergi membersihkan badan. Selesai mandi, dia terus ke dapur untuk melihat apa yang ibunya masak pada hari ini.
“Mama.. saya sudah bangun dari tidur. Mama masak apa hari ini?” Tanya Aini. Dia benar-benar tidak sabar untuk bersarapan. Masakan ibunya enak sekali. Sekali rasa, pasti hendak lagi. Memang masakan Puan Laila adalah yang terbaik.
“Hari ini mama masak sesuatu yang istimewa untuk Aini. Tengoklah di atas meja itu.” Kata Puan Laila.
“Hore!! Hari ini sarapan makan sup tulang! Mesti sedap!” Jerit Aini dengan riang. Dia sangat gemar akan sup tulang.
Telefon bimbit Aini tiba-tiba berdering meminta diangkat. Bisingnya! Memang perlu menukar ringtone yang lebih perlahan sedikit.
“Aini, cepatlah angkat telefon itu. Bising betul!” Kata Puan Laila sambil menutup kedua-dua belah telinganya.
“Baiklah mama.” Aini terus mengambil telefon bimbitnya yang dari tadi berdering. Sudah tertera nama kawan baiknya, Sarah di skrin telefon.
“Assalamualaikum, Sarah. Kenapa?”
“Oh..”
“Baiklah. Inyaallah, saya akan jumpa awak di sana. Bye..”
“ Kenapa?” Tanya Puan Laila perlahan.
“ Kawan Aini, Sarah. Dia ingin berjumpa dengan Aini di taman. Boleh Aini pergi berjumpa denganya?” Aini meminta izin daripada ibunya untuk berjumpa dengan rakan baiknya di taman.
“Baiklah. Aini boleh pergi. Tetapi, Aini mesti makan sarapan Aini itu dulu. Nanti Aini boleh kelaparan di taman nanti.” Nasihat Puan Laila yang sangat prihatin akan anaknya. Dia tidak mahu ada apa-apa yang terjadi pada anak kesayangannya.
“ Baiklah mama.” Jawab Aini dengan hormat.
---
“ Di mana Sarah ni?” Aini tercari-cari kelibat Sarah yang entah ke mana dia berada. Dia memanjangkan lehernya untuk mencari rakannya dengan penuh harapan.
“ Aini! Saya di sini!” Terdengar satu jeritan sedang memanggil namanya. Seperti suara Sarah yang dicari-cari.
“ Sarah! Itu pun awak. Saya sudah cari awak satu taman. Tetapi masih tak jumpa-jumpa. Awak ke mana tadi?”
“ Saya duduk di bawah pondok itu tadi.” Sarah menjelaskan segalanya kepada Aini sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah sebuah pondok yang dimaksudkan.
“ Tapi..saya tadi..”
“Sudahlah! Cepat ikut saya. Saya ingin tunjukkan awak sesuatu.” Cepat-cepat dia menarik tangan rakannya itu.
“Aduh! Sakitlah tangan saya ni!” Aini menjerit dengan sekuat sehingga dapat memecahkan gegendang telinga. Nasib baik telinga Sarah tidak pekak dibuatnya.
“Kita sudah sampai. Cuba awak lihat ini.” Kata Sarah dengan tidak sabar. Aini masih lagi sedang mengurut-urut tangannya yang sakit akibat tarikan pedih Sarah.
“Huh?! Pertandingan mereka fesyen? Awak hendak masuk kah?” Aini bertanya untuk mendapatkan kepastian. Sesungguhnya, tidak memang tidak pandai mereka fesyen. Sekiranya hendak berjalan-jalan, dia pasti akan memakai pakaian yang simple. Walaupun dia hidup dalam keadaan yang berada.
“Yup! Saya memang ada niat untuk masuk. Apa kata kita masuk sama-sama, nak? Nanti, sama-sama akan mendapat hadiah. Mana tahu, ada rezeki. Boleh? Please..” Rayu Sarah seperti kanak-kanak kecil yang ingin membeli sebuah mainan.
“ Tapi..saya tidak pandai mereka fesyen. Awak pun tahu. I just can’t do it!”
“Tapi saya percaya awak boleh. Kita kan boleh bekerjasama.” Pujuk Sarah. Dia ingin memenangi pertandingan itu. Tetapi, dia juga perlukan bantuan seorang teman.
“Well, okay. I’ll do it. Tapi saya tidak buat apa-apa perjanjian, okay?” Aini bertanya untuk mendapatkan kepastian daripada kawannya.
“okay! I promise, It will be okay!” Kata Sarah dengan hati yang riang. Akhirnya, rakan karibnya telah memberikan jawapan yang tepat.”Hahaha.. tidak sabar untuk memulakan pertandingan ini. Pasti menyeronokkan!
---
”Didy!!” Suara Dinda yang memekik itu memecah kesunyian. Memang tidak boleh dikalahkan. Jika ada pertandingan menjerit, pasti Dinda yang akan menang. Sungguh! Ia terlalu bising!
“Oh uh..” Didy sudah mula khuatir.”Pasti Kak Dinda akan marah pada saya. Gulp!”
“Didy!! You can run, but you can’t hide! Siaplah awak!” Dinda menjadi semakin marah. “Kenapa Didy conteng kakak punya diari?! Haw..my poor diary..This is all your fault!” Kalau Dinda sudah naik marah, memang mengerikan! Semua orang pasti akan berlari menyelamatkan diri.
“Dinda!! Didy!!What happen down there? Are you two girls fighting again? Well, if you are, STOP IT!” Marah Datin Rozita dengan perangai dua adik beradik itu. Mereka memang tidak pernah berbaik.
“Just look at Didy! Dia conteng buku Dinda!” Dinda mengadu kepada ibunya. Jika ada apa-apa yang berlaku, Dinda tidak akan duduk diam! Dia pasti akan mengadu pada ibunya. Walaupun ia adalah satu masalah kecil. Dasar anak manja!
“Sudahlah tu Dinda, nanti mama belikan yang baru. Mama belikan yang lagi mahal, ok?”
“You promise?” Dinda bertanya untuk mendapatkan kepastian.
“Yes, yes I promise.” Datin Rozita berkata lagi.
“Hoorayy!! Thank you very, very much!” Dinda mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana hendak belikan dia diari yang baru.
Didy hanya melihat dan mendengar perbualan dua anak beranak itu. “Alaa.. Didy bak juga. Ini tidak adil!”
“Serves you right! Siapa yang suruh Didy conteng diari kakak!” Dinda menjelir lidahnya kearah adiknya yang nakal itu.
Datin Rozita hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai anak-anak yang manja. Bilalah nak berubah. Hmmm..
Sinopsis
“Kita sudah sampai. Cuba awak lihat ini.” Kata Sarah dengan tidak sabar. Aini masih lagi sedang mengurut-urut tangannya yang sakit akibat tarikan pedih Sarah.
“Huh?! Pertandingan mereka fesyen? Awak hendak masuk kah?” Aini bertanya untuk mendapatkan kepastian. Sesungguhnya, tidak memang tidak pandai mereka fesyen. Sekiranya hendak berjalan-jalan, dia pasti akan memakai pakaian yang simple. Walaupun dia hidup dalam keadaan yang berada.
“Yup! Saya memang ada niat untuk masuk. Apa kata kita masuk sama-sama, nak? Nanti, sama-sama akan mendapat hadiah. Mana tahu, ada rezeki. Boleh? Please..” Rayu Sarah seperti kanak-kanak kecil yang ingin membeli sebuah mainan.
“ Tapi..saya tidak pandai mereka fesyen. Awak pun tahu. I just can’t do it!”
Dapatkah Aini dan Sarah memenangi pertandingan itu dengan pelbagai halangan yang menimpa? Ketahui segalanya dalam FASHION DESIGNER!!!